Wednesday, 25 November 2015

Muka Jerawat


Well tak pernah aku buat entry benda yang macam ni but I think its a good knowledge untuk share dengan semua orang.. so boleh sesama cantik.. tak gitu?.. hahahha..

Jerawat ni macam yang kita tahu umpama nightmare untuk semua orang.. yelah timbul sebutir dua butir jerawat pun dah rasa tak senang ini lagikan jerawat dekat muka bebanyak kan.. so dalam entry kali ni akau nak share sikit pantang larang bila muka korang ada pimples..

Ni adalah makanan yang korang kena elak kan bila korang ada pimples teruk:
  • Ayam
  • Kekacang
  • Ikan pari
  • TELUR (MAKANAN YANG MENGANDUNGI TELUR)
  • Ikan yang gatal-gatal (orang yang gatal jugak)
Kenapa aku tulis dengan bold.. sebab telur tu adalah makanan yang paling korang kena elakkan... mula-mula memang susah nk commit sebab yelah benda sedap tu.. so aku hanya boleh makan ikan and daging je.. tapi nasib baik lah ais krim masih boleh makan kalau ais krim pun  tak boleh makan memang aku nangis guling2.. setakat ni Alhamdulillah lepas dekat sebulan aku pantang jerawat pun dah tinggalkan bekas je..

Ramai yang tanya sebab apa muka aku teruk sangat., dulu kan muka flawlees sangat *tangan di bahu mata ke atas* muka aku jadi teruk sangat sebab aku dulu pakai satu produk.. namenya biarlah di rahsia kan.. before this aku tak tahu pun produk tu tak diluluskan oleh kementerian kesihatan sebab kandungan mekuri yang tinggi yang mampu rosakkan muka kau.. once ko tak pakai muka kau akan jadi worse.. tapi kesan dia memang cepat.. muka kau nampak putih then memang cantik.. but semua tu kejap je.. then sikit-sikit muka kau jadi makin worse...

bila time muka aku dah jadi makin worse tu aku pun pakai make up tebal-tebal.. tapi semua tu bukan jadi muka makin okay.. tapi jadi makin worse.. yelah bila muka kau rosak kau pakai lagi produk yang ada chemical makin worse lah.. sampai satu tahap tu muka aku teruk sangat sampai keluar nanah satu muka.. malu? of course malu.. sampai aku rasa damn!! aku tak nak keluar rumah.. aku malu.. 

then slowly aku tukar pada safi.. bila pakai safi tu muka aku jadi kering and gelap.. sebab muka aku tak sesuai pakai safi.. masa tu memanglah stress sebab dah nak tunang babe time tu.. muka pulak teruk.. aku pun stop dari pakai segala skin care.. stress gila time tu...

tp sekarang alhamdulillah bila dah kahwin ni suami yang banyak tolong cari ubat apa semua.. ramai cakap kenapa tak makan je ubat-ubat yang banyak jual dekat luar.. bukan aku tak nak but takut sebab   takut damage dalaman plak kan.. sekarang aku pakai produk dari THE FACE SHOP.. alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT hanya tinggal bekas je..

 Aku pakai skincare ni.. dekat sebulan pakai dah nampak hasil.. nak cantik kena commited sikit.. kalau korang cari produk ni boleh pergi dekat semua kedai THEFACESHOP okay..

Ni muka sis lepas dua minggu pakai skincare ni.. masa ni sis belum pantanng makan lagi

muka sis lepas sebulan pantang makan and skin care

 
muka sebelum.. ni masa first day kenal dengan hubby.. masa hubby tengah kurus and masa ni muka kering and gelap.. masa nak jumpa hubby fikir banyak kali.. sebab takut dia tak nak dekat sis..

aku harapkan entry aku kali ni dapat bantu korang untuk dapatkan kulit yang lagi cantik.. and peringatan untuk semua also untuk diri sendiri.. jangan mudah untuk tukar produk bila nampak orang lain pakai muka dia jadi cantik.. sebab setiap orang lain dia punya jenis kulit so be careful.. pastikan korang pakai produk yang nature.. or herb.. pasti kan jangan guna produk yang ada mekuri yang tinggi.. sekian tuk kali ni.. semoga berjumpa di entry yang akan datang.. 


Wednesday, 11 November 2015

Offically A Wife


Alhamdullillah tanggal 16/10/2015 pada hari JUMAAT aku sah bergelar isteri kepada MESWEINI B HUJAILI dengan sekali lafaz..

Untuk majlis rumah pengantin perempuan hanya buat majlis nikah sahaja.. buat majlis kecik je.. jemput kawan-kawan and sedara mara sebab buat dengan cara sederhana.. baju pun beli make up je baru pakai mak andamand photograppher pakai kawan hubby..


Sedih kejap


penyerahan wang hantaran

Sesi salam suami.. Malu-malu biawak




Ni lah pengapit2 yang acah2 sweet jugak


Majlis bertandang pulak di adakan di KAMPUNG MELAYU PANDAN pada 31/10 majlis bertemankan wedding dinner ada sanding sikit sikit.. siap kena perli penganti jalan laju almaklumlah aku ni mana reti jalan slow2 hunny lagi lah siot jalan tinggalkan aku dekat belakang  



Yeahhhh acah-acah je potong kek tu.. bukan betul pun

Team DHK datang.. ni la coursemate aku masa buat diploma dulu dulu

Alhamdulillah ex housemates semua datang.. (terharu sebab sanggup datang jejauh)



Dari belah perempuan (team hantar pengantin)

Sekarang ni hampir sebulan aku jadi isteri kepada suami aku.. susah senang sesama.. aku pegang kata kata ni "perempuan di uji bila suaminya susah, lelaki di uji bila dia senang"... bila mendirikan rumah tangga ni bukannya macam dalam novel hidup terus senang and selesa.. semua start dari bawah kalau makan lauk tak sedap pun simpan sendiri.. sebab tu bila dah kahwin duduk sendiri baru rasa kemanisan hidup berumah tangga..  kalau masa bujang dulu kalau tak ada duit boleh buat loan dengan mak abah tapi dah kahwin ni tak kan lah kau nak buat gitu.. apa-apa pun doa kan yang baik -bai kerana ia merupakan doa..

Wednesday, 12 August 2015

Genting Hinglands Trip


 

Sebelum nak start tulis entry ni nak wish HAPPY BIRTHDAY SINGAPORE.. yelah negara jiran Johor walaupun membesar dekat sini sekali pun tak pernah lagi jejak kaki dekat oversea yang sebelah tu.. Insyallah kalau ada rezeki nanti az akan ke sana..

Sempena hari jadi singapore tunang az dapat lah cuti 4 hari so kitaorang decide untuk pergi ke Genting sebab az gedik ni nak sangat main theme park.. si tunang ni melayankanlah kepala tunang dia ni kan so dia pun bawak lah yang tak boleh blahnya dah tahu nak naik Genting tu pergi tak bawak baju sejuk sebab acah-acah kulit kebal sejuk pun langgar.. last2 pergi ke Time Square cari baju sejuk.. tak ada apa sangat yang boleh main pun sebab out side theme park tengah tutup.. Jadi boleh main inside je.. 

So pilih la untuk pergi muzium RIPLEY'S BELIEVE OR NOT.. amaze kejap.. yelah nampak macam-macam benda pelik.. susah sangat nak percaya.. but yeaaahhh pelik tapi benar..

Tergamam kejap sebab aku ingat dia lelaki rupanya perempuan

GOLDEN NOSE tapi hidung az tak adalah golden sangat harap besar je.. but alhamdulillah

orang zaman batu ni dia kecutkan kepala musuh yang dia dah pengal.. scary but i wonder how they do that

Akhirnya boleh jugak buat macam HARRY POOTER

Kenapa awak ni tinggi sangat sakit leher kita nak donggak je tengok awak

Sesaja nak pose comel dekat situ HAHAHAHA

Mata terkeluar dan mampu gulungkan lidah.. Az pun tak mampu

last sekali pergi rumah hantu.. yeahhhh!!! tak seram pun (muka berlagak) padahal aku jerit macam apa.. mana taknya takot si banggla tu siap cuit2 az ag.. macam nak backhand je.. dah tahu az takot tak payahlah nak takutkan lagi..okay lah just that for this entry see you soon
 

S.T.R.A.N.G.E.R

 

Setiap kali dah lama tak tulis entry dekat blog ni ayat mesti nak cakap "dh lama rasanya tak tulis entry dalam blog ni" hahahaha memang tak boleh blah.. Lama senyap sebab kerja.. di tambah sekarang ni dah jadi tunang orang.. still tak percaya yang diri ni dah jadi tunangan orang.. insyallah dalam masa 6 bulan lagi bakal jadi isteri orang pulak

Ramai kekawan terkejut bila dengar cerita aku nak tunang, mana lah tak terkejut tetiba je cakap nak tunang.. tak buat majlis besar pun.. just jemput kekawan als sedara mara.. tunang aku? he a stranger... tak pernah kenal dia pun before this.. tak adalah nak pakai sebat je... tahu la jugak dia macam mana.. just jumpa sekali je sebelum bertunang.. tu pun masa dia baak akau jumpa family dia and aku bawak dia jumpa family aku.. 

Ramai yang tanya kenapa aku ambil keputusan untuk bertunang.. sebabnya bila bercinta ni or "bercouple" tak ada jaminan untuk ke jinjang pelamin.. yela siapa yang kenal aku memang tahu aku jenis cepat tukar-tukar bf.. itu bukan sesuatu yang membanggakan.. sesuatu yang teramat melelahkan bila setiap kali kau putus cinta and start over with someone new it really hard.. sampai satu tahap aku rasa semuanya sebab diri aku.. sebab aku terlalu ego.. bila aku merendahkan ego semuanya tetap serupa.. jadi bila tunang aku ni k approach aku, aku cakap dekat dia "kalau awak betul-betul suka saya, jumpa ibu saya" pada aku dekat situ kau boleh nampak sama ada lelaki tu betul-betul nak dekat kau ke tak.. pada aku lah.. tak tahu la orang lain..

Masa mula-mula nama tunang pun aku tak tahu.. susah sebab tunang aku ni keturunan Indon, dia pun tak suka nama dia,. aku pun tak mampu nak membantu.. Cukuplah aku kata yang aku masih mengenali dia, okay nak payung sikit pic masa tunang.. 
Selepas selesai majlis pertunangan muka malu berdiri sebelah tunang sendiri

Maka aku sah menjadi tunangan orang

Sarung cincin, mengeletar sebab takot cincin tak muat sebab tunang aku beli sendiri

Kawan-kawan aku yang datang masa waktu aku bertunang




Apa apa pun nak cakap betul dugaan bertunang ni memang susah, jangan ingat dah jadi tunang orang ni senang and bertunang ni bukan tiket untuk kita boleh buat sesuka hati.. itu je untuk kali ni.. kalau panjang umur jumpa di entry yang akan datang

Friday, 12 June 2015

Islam Not Terrosist

 

Lama rasanya tak menulis entry dalam blog ni walaupun ada unifi, hhhmmm... selalunya orang akan salah anggap dengan kita bila kita memberitahu kita ini islam (normally negara barat).. tapi itu sesetangah orang dan bukanlah kesemua.. Tengok video ni dan berfikir.. It all about respect other religions.. what you wear is not important..

 

Tuesday, 5 May 2015

Ig Shop @byaznizaazli


Yeahhhhh!!!! dah habis study... alhamdulillah bersyukur sangat sebab aku dah habis jugak diploma.. sekarang baru aku tahu betapa susahnya hidup sebagai penganggur.. this is true.. you dont have any money sebab kau tak kerja.. dengan zaman sekarang yang amat memerlukan duit ni.. Haiiissshhh..

Hah!! di sini aku nak promotelah sikit ig shop aku.. iaitu @byaznizaazli ada apa dekat igshop ni? ada macam-macam.. sebut je nak apa.. baju? kain? tudung? kerepek? biskut? makanan? semua ada... adminnya adalah aku.. Cik Noorazniza Azli.. alhamdulillah ig shop ni dah hampir setahun.. aku rasa banggalah juga dengan pencapaian ni.. yelah aku memang tak ada basic langsung pasal bisnes.. and bila aku dah tubuhkan byaznizaazli ni rasa macam minat tu membara2.. actually aku menguruskan igshop ni seorang diri.. aku lah yang buat kerepek and kek.. and aku jugaklah yang pos.. 

Penat? serius memang penat but fun.. sebab kau berusaha.. sekarang ni aku dalam proses untuk buat design tudung sendiri.. lebih kepada exclusive but harga mampu milik and yang penting tutup aurat.. dalam masa sekarang ni aku tengah plan untuk buat promosi.. nanti bila ada rezeki lebih baru aku akan bukak kedai.. yeahhh!!! tak sabar nya nak bukak kedai.. okay lah ada kerja lagi ni.. till we meet again.. bhaiiii


Tuesday, 14 April 2015

Every Last Things In This Last Sem


Bukan main nak top je kau punya tittle ye jemah.. Hahahaha.. Sejak akhir-akhir ni banyak sangat insan dekat Malaysia ni yang duk perkata tentang GST ni.. aku pun tak lari jugak dari mengatakan tentang isu yang tengah in sekarang.. sampai campak-campak kuali dengan PAKWE aku sebab tak sama fahaman.. HAHAHA.. enough tentang isu GST ni.. btw HAPPY BIRTHDAY TO AYAH hehehe.. sekarang ayah aku dah join kelab2 orang tua.. ceh... takde lah tua sangat 48 tahun je ayah aku tahun ni... birthday ayah sama dengan birthday GST... HAHAHA..

Tinggal lagi beberapa hari je aku nak duk begelar PELAJAR.. sedih tak? Giler tak sedih.. hilang semua keistiemewaan sebagai seorang pelajar.. aku dah tak boleh ag nak minta duit dengan ibu aku.. siap kena bagi duit raya dekat si anak sedara gn adik2 and sepupu sepapat aku.. dah tak ada orang yang nak bagi duit raya dekat aku... Okay fine!! Benci semua ni..

Sedih sangat aku nak tinggalkan rumah sewa aku yang dekat Pasir Gudang tu.. Yelah dekat situ lah aku berjimba.. menangis meraung and stress.. macam2 lah yang paling tak leh lupa jiran depan rumah aku yang gatal... hahahaha... kemain.. sumpah.. setahun lebih aku duduk berjiran.. sekali pun aku tak pernah bertegur sapa beramah mesra dengan jiran depan rumah aku tu.. Bukan apa gatal dia lain macam.. (satu rumah aku perasan)

Sedih nak meninggalkan kekawan pandai timur aku si ain, ila, fiera and si faa.. Happy to be your housemate.. Gila jejerit tengah malam that is our life.. Huarghhh!!! sedih tetiba tulis entry ni.. Huhuhu...

Okay Bhaiii... Aku nak pergi lap air mata ni..

Friday, 13 February 2015

Bila nak kahwin?!


Dah lama sangat tak bercokcet-cokcet dekat blog ni.. Actually sejak aku ada ig memang dah tak main sangat blog ni.. Hahahaha.. Bila baca balik cerita-cerita dulu yang aku dok tulis dalam blog ni terasa.. alamak malunya.. mana tak nya semua benda aku share.. almaklum lah darah tengah hot.. membara-bara.. hahahaha..

Tahun ni 2015 kan? satu angka lagi umur aku meningkat.. dah nak masuk umur 21 dah.. walaupun belum offical katanya.. hahahah.. bila aku dah masuk angka 20 nikena lah jadi matang.. hhmmmppp... matang ke aku ni? fikir kejap.. still suka bahan orang? still suka kacau orang? hhhmmm ala.. semua benda tu normal lah kan.. (ye ke?) hahahhaha.. what so ever lah...

Insyaallah bulan 4 tahun ni tamat lah aku punya pengajian.. aku buat diploma je.. je? (sambil buat muka psiko) eh kau ingat senang ke nak habiskan study ni.. 3 tahun taw.. hahhaha puiihh lah kau az... beria bebenor.. apa soalan wajib bila korang dah nak abis belajar.. hah!!! tadaaa... "BILA NAK KAHWIN?!"

okay I really don't like this question.. why? sebab annoying okay.. I just 21 years old.. for me it to young okay to get marry.. habis kau tak nak kahwin ke az??? mestilah aku nak kahwin.. tapi bukan sekaranglah.. bukan apa aku nak lah balas jasa ibu ayah aku dulu.. yelah dorang bersusah payah nak hantar aku belajar (even bukan oversea tapi tetap struggle) at least aku nak buat something untuk diaorang bangga dengan aku..

Typically orang akan cakap.. eleh perempuan tak payah nak susah2 kumpul harta.. lelaki yang kena sedia kan semua.. NO!!! I DON'T THINK SO.. sebabnya zaman sekarang ni semua benda nak pakai duit okay.. nak makan, nak minum, nak shoping (i like this), kau nak pergi toilet pun kena bayar 30 sen sekarang ni... tengok... memang MONEY ARE NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING NEED MONEY.. aku bukannya nak buat wedding besar2 jemput ramai2 just want a simple but nice (jangan lupa kena ada PINK).. aku tak nak lah beban kan bakal suami aku.. aku nak duit majlis 50-50 sebab nanti dah kahwin banyak lagi benda nak fikir.. masa bujang lain dah kahwin lain.. kau dah tak boleh nak fikir diri kau sorang.. kau dah de laki kena jaga laki kau elok2.. bagi makan cukup2.. (eh.. apa aku melalut ni)

So for those yang bertanya bila aku nak kahwin tu.. ini jawapan dia.. "aku akan kahwin bila JODOH tiba" aku pun tak tahu bila.. cepat or lambat.. aku bukan takde niat tapi jodoh tu belum sampai.. bawak bersabar ye cik kiah... jeles lah jugak tengok kawan2 ada yang dah tunang.. de yang dah kahwin de jugaklah yang dah beranak.. tu semua jodoh diaorang.. lain orang lain jalan dia.. so banyak kan lah berdoa semoga kita semua di ketemukan jodoh yang baik.. AMIN

Okay tu dulu dari si kenit ni... Bhaiii