Wednesday, 25 November 2015

Muka Jerawat


Well tak pernah aku buat entry benda yang macam ni but I think its a good knowledge untuk share dengan semua orang.. so boleh sesama cantik.. tak gitu?.. hahahha..

Jerawat ni macam yang kita tahu umpama nightmare untuk semua orang.. yelah timbul sebutir dua butir jerawat pun dah rasa tak senang ini lagikan jerawat dekat muka bebanyak kan.. so dalam entry kali ni akau nak share sikit pantang larang bila muka korang ada pimples..

Ni adalah makanan yang korang kena elak kan bila korang ada pimples teruk:
  • Ayam
  • Kekacang
  • Ikan pari
  • TELUR (MAKANAN YANG MENGANDUNGI TELUR)
  • Ikan yang gatal-gatal (orang yang gatal jugak)
Kenapa aku tulis dengan bold.. sebab telur tu adalah makanan yang paling korang kena elakkan... mula-mula memang susah nk commit sebab yelah benda sedap tu.. so aku hanya boleh makan ikan and daging je.. tapi nasib baik lah ais krim masih boleh makan kalau ais krim pun  tak boleh makan memang aku nangis guling2.. setakat ni Alhamdulillah lepas dekat sebulan aku pantang jerawat pun dah tinggalkan bekas je..

Ramai yang tanya sebab apa muka aku teruk sangat., dulu kan muka flawlees sangat *tangan di bahu mata ke atas* muka aku jadi teruk sangat sebab aku dulu pakai satu produk.. namenya biarlah di rahsia kan.. before this aku tak tahu pun produk tu tak diluluskan oleh kementerian kesihatan sebab kandungan mekuri yang tinggi yang mampu rosakkan muka kau.. once ko tak pakai muka kau akan jadi worse.. tapi kesan dia memang cepat.. muka kau nampak putih then memang cantik.. but semua tu kejap je.. then sikit-sikit muka kau jadi makin worse...

bila time muka aku dah jadi makin worse tu aku pun pakai make up tebal-tebal.. tapi semua tu bukan jadi muka makin okay.. tapi jadi makin worse.. yelah bila muka kau rosak kau pakai lagi produk yang ada chemical makin worse lah.. sampai satu tahap tu muka aku teruk sangat sampai keluar nanah satu muka.. malu? of course malu.. sampai aku rasa damn!! aku tak nak keluar rumah.. aku malu.. 

then slowly aku tukar pada safi.. bila pakai safi tu muka aku jadi kering and gelap.. sebab muka aku tak sesuai pakai safi.. masa tu memanglah stress sebab dah nak tunang babe time tu.. muka pulak teruk.. aku pun stop dari pakai segala skin care.. stress gila time tu...

tp sekarang alhamdulillah bila dah kahwin ni suami yang banyak tolong cari ubat apa semua.. ramai cakap kenapa tak makan je ubat-ubat yang banyak jual dekat luar.. bukan aku tak nak but takut sebab   takut damage dalaman plak kan.. sekarang aku pakai produk dari THE FACE SHOP.. alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT hanya tinggal bekas je..

 Aku pakai skincare ni.. dekat sebulan pakai dah nampak hasil.. nak cantik kena commited sikit.. kalau korang cari produk ni boleh pergi dekat semua kedai THEFACESHOP okay..

Ni muka sis lepas dua minggu pakai skincare ni.. masa ni sis belum pantanng makan lagi

muka sis lepas sebulan pantang makan and skin care

 
muka sebelum.. ni masa first day kenal dengan hubby.. masa hubby tengah kurus and masa ni muka kering and gelap.. masa nak jumpa hubby fikir banyak kali.. sebab takut dia tak nak dekat sis..

aku harapkan entry aku kali ni dapat bantu korang untuk dapatkan kulit yang lagi cantik.. and peringatan untuk semua also untuk diri sendiri.. jangan mudah untuk tukar produk bila nampak orang lain pakai muka dia jadi cantik.. sebab setiap orang lain dia punya jenis kulit so be careful.. pastikan korang pakai produk yang nature.. or herb.. pasti kan jangan guna produk yang ada mekuri yang tinggi.. sekian tuk kali ni.. semoga berjumpa di entry yang akan datang.. 


Wednesday, 11 November 2015

Offically A Wife


Alhamdullillah tanggal 16/10/2015 pada hari JUMAAT aku sah bergelar isteri kepada MESWEINI B HUJAILI dengan sekali lafaz..

Untuk majlis rumah pengantin perempuan hanya buat majlis nikah sahaja.. buat majlis kecik je.. jemput kawan-kawan and sedara mara sebab buat dengan cara sederhana.. baju pun beli make up je baru pakai mak andamand photograppher pakai kawan hubby..


Sedih kejap


penyerahan wang hantaran

Sesi salam suami.. Malu-malu biawak




Ni lah pengapit2 yang acah2 sweet jugak


Majlis bertandang pulak di adakan di KAMPUNG MELAYU PANDAN pada 31/10 majlis bertemankan wedding dinner ada sanding sikit sikit.. siap kena perli penganti jalan laju almaklumlah aku ni mana reti jalan slow2 hunny lagi lah siot jalan tinggalkan aku dekat belakang  



Yeahhhh acah-acah je potong kek tu.. bukan betul pun

Team DHK datang.. ni la coursemate aku masa buat diploma dulu dulu

Alhamdulillah ex housemates semua datang.. (terharu sebab sanggup datang jejauh)



Dari belah perempuan (team hantar pengantin)

Sekarang ni hampir sebulan aku jadi isteri kepada suami aku.. susah senang sesama.. aku pegang kata kata ni "perempuan di uji bila suaminya susah, lelaki di uji bila dia senang"... bila mendirikan rumah tangga ni bukannya macam dalam novel hidup terus senang and selesa.. semua start dari bawah kalau makan lauk tak sedap pun simpan sendiri.. sebab tu bila dah kahwin duduk sendiri baru rasa kemanisan hidup berumah tangga..  kalau masa bujang dulu kalau tak ada duit boleh buat loan dengan mak abah tapi dah kahwin ni tak kan lah kau nak buat gitu.. apa-apa pun doa kan yang baik -bai kerana ia merupakan doa..