Setiap kali dah lama tak tulis entry dekat blog ni ayat mesti nak cakap "dh lama rasanya tak tulis entry dalam blog ni" hahahaha memang tak boleh blah.. Lama senyap sebab kerja.. di tambah sekarang ni dah jadi tunang orang.. still tak percaya yang diri ni dah jadi tunangan orang.. insyallah dalam masa 6 bulan lagi bakal jadi isteri orang pulak
Ramai kekawan terkejut bila dengar cerita aku nak tunang, mana lah tak terkejut tetiba je cakap nak tunang.. tak buat majlis besar pun.. just jemput kekawan als sedara mara.. tunang aku? he a stranger... tak pernah kenal dia pun before this.. tak adalah nak pakai sebat je... tahu la jugak dia macam mana.. just jumpa sekali je sebelum bertunang.. tu pun masa dia baak akau jumpa family dia and aku bawak dia jumpa family aku..
Ramai yang tanya kenapa aku ambil keputusan untuk bertunang.. sebabnya bila bercinta ni or "bercouple" tak ada jaminan untuk ke jinjang pelamin.. yela siapa yang kenal aku memang tahu aku jenis cepat tukar-tukar bf.. itu bukan sesuatu yang membanggakan.. sesuatu yang teramat melelahkan bila setiap kali kau putus cinta and start over with someone new it really hard.. sampai satu tahap aku rasa semuanya sebab diri aku.. sebab aku terlalu ego.. bila aku merendahkan ego semuanya tetap serupa.. jadi bila tunang aku ni k approach aku, aku cakap dekat dia "kalau awak betul-betul suka saya, jumpa ibu saya" pada aku dekat situ kau boleh nampak sama ada lelaki tu betul-betul nak dekat kau ke tak.. pada aku lah.. tak tahu la orang lain..
Masa mula-mula nama tunang pun aku tak tahu.. susah sebab tunang aku ni keturunan Indon, dia pun tak suka nama dia,. aku pun tak mampu nak membantu.. Cukuplah aku kata yang aku masih mengenali dia, okay nak payung sikit pic masa tunang..
 |
| Selepas selesai majlis pertunangan muka malu berdiri sebelah tunang sendiri |
 |
| Maka aku sah menjadi tunangan orang |
 |
| Sarung cincin, mengeletar sebab takot cincin tak muat sebab tunang aku beli sendiri |
 |
| Kawan-kawan aku yang datang masa waktu aku bertunang |
|
|
|
|
|
Apa apa pun nak cakap betul dugaan bertunang ni memang susah, jangan ingat dah jadi tunang orang ni senang and bertunang ni bukan tiket untuk kita boleh buat sesuka hati.. itu je untuk kali ni.. kalau panjang umur jumpa di entry yang akan datang