Wednesday, 23 October 2013

Final.. Be Nice To Me

STRESS!!! itu jelah yang az rasa sekarang ni.. kenapa lah halal ni susah sangat?? air mata ni dah start nak keluar dah.. mana tak nya banyak kali baca lepas tu jadi blank.. hadoi.. dah lah semua fakta.. pakai menginggat je.. mana tak jadi stress.. rasa nak marah + mengamuk pun ada.. aaarrrrggggghhhhh!!!


dalam kepala ni bukan fikir pasal final je.. even 1 paper je tuk final memang boleh jadi stress... sakit nya hati.. apa yang faham sikit sangat.. macam  mana ni?? apa nak jawab esok?? wahai kawan-kawan kalau sem depan az repeat paper ni jangan tanya kenapa ye?? tertekan sangat.. hadoii.. hope markah PB boleh lah cover.. amin.. risau jugak.. lepas habis paper kena rushing pergi perling.. habis lunyai badan dek penat esok.. bestnya ain main game.. can anybody tell me how I can manage my stress?? sejak akhir-akhir ni az asyik kuat marah-marah je.. risau lah takot nanti jadi baran.. tak nak jadi baran.. nak jadi az yang dulu time sekolah dulu.. always keep calm.. buat salah pun settle cara baik and tenang.. hadoii.. banyak benda yang bermain di minda...

dalam halal ni ada 7 chapter baru dapat cover 2 chapter je.. aishhh.. jauh kot beza.. kenapa mesti fakta?? kenapa?? kenapa?? dan kenapa??? payah nak goreng kalau fakta.. belum masuk akta-akta yang berkaitan.. lagi lah payah nak menginggat.. huh!! tak apa.. ini semua nya dugaan dan cubaan dalam kehidupan seorang student.. nanti bla dah kerja mesti rindu dengan semua ni.. hurm... ye ke?? entah lah az pun tak tahu lah.. main pakai cakap je.. hehehehe...

halal practice please be nice to az.. please.. only tomorrow.. tak apa.. az try study balik then slow-slow fahamkan.. even dalam hati ni takut tak sempat nak catch up.. tapi tak apa at least az dah try study.. dekat situ az dah ada usaha daripada az tak study langsungkan??.. I hope you will be nice to me.. hehehhehe.. continue my revision.. fikirkan keindahan bercut mesti boleh jawab lah az.. hehehehe.. I hope so.. pray for my exam tomorrow.. hehhehe

Tuesday, 22 October 2013

Cucur Sosej Yummmyyyy ツ


Oleh sebab kepala ni tak boleh nak study halal practice hari ni az mengambil keputusan untuk mengupdate blog. Hahahahaha.. jangan contohi az yang malas ni. Tiba-tiba tekak ni nak makan cucur sosej.. yummmyyyy!!.. dah lama tak makan, asyik buat dessert je kalau az balik kampung.. Hurm jarangkan dengar cucur sosej.. so apa kata korang cuba buat.. dia simple je but soooooo yummmyyyy!!

Bahan-bahan :

❤ Tepung Gandum
❤ Sosej
❤ Garam
❤ Serbuk Lada Hitam
❤ Telur
❤ Air

Cara-cara :

❤ Masukkan tepung gandum, sosej, garam, serbuk lada hita dan telur
❤ Kemudian tambahkan air, gaul hingga rata sampai jadi batter. Jangan terlalu pekat and jangan terlalu cair. Sedang-sedang sahaja.
❤ Panaskan minyak di dalam kuali, gerengkan ia sehingga ia menjadi keperang-perangan
❤ Done!! boleh serve dengan sos thai tu untuk yang suka pedas la.

Cucur ni sedap makan pada waktu petang.. Haisshhh laparnya.. sorry sebab tak ada gambar.. al maklum lah tak sempat lagi nak buat.. nanti kalau az dah buat az snap picture kasik masuk dekat blog ok.. sudi-sudilah mencuba ye....

Sunday, 20 October 2013

Special Carbonara



ok hari ni terasa nak share resipi pulak kan.. hehehehe.. ini semua si Ain lah ni sebab tadi masa makan lepas betulkan lappy kesayangan az ni dengan Faa, Lutfi and Wawa. Si Ain ni tanya macam mana nak buat carbonara sebab dia pernah buat tapi dia lain tak macam yang az pernah buatkan untuk diaorang hari tu..

Az lagi suka buat sendiri.. so Az akan share resipi yang az pernah try.. sorry lah sebab tak ada gambar sebab hari tu masa buatkan untuk diorang tak ambil gambar pun sebab tak ada niat pun nak muat naik dekat blog..

bahan-bahan:
spaghetti
susu krim penuh (dutch lady yang biasa az guna)
keju
sosej(potong ikut sesuka rasa sesedap selera, di goreng)
bawang putih (di cincang halus)
mentega
serbuk lada hitam or putih (kedua-duanya pun boleh)

cara-cara:

  1. Panaskan air untuk merebus spaghetti. Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam air supaya spaghetti tak melekat. Masak spaghetti sehingga lembut.
  2. Di dalam periuk yang berlainan, cairkan mentega kemudian masukkan bawang putih yang telah di cincang halus tadi. Tumiskan sehingga naik bau.
  3. kemudian masukkan sosej tadi, gaul sehingga mereka sebati.
  4. Masukkan susu krim penuh dutch lady, agak-agak masukkan jangan terlalu banyak. Kacau ia sehingga mendidih. Jangan berhenti kacau sebab takut susu bergentel.
  5. Apabila ia dah menjadi sedikt pekat masukkan keju gaulkan ia seketika. Masukkan garam, dan serbuk lada hitam atau putih
  6. Tadaa,, siap sudah carbonara anda..
Cara memasak carbonara lagi senang dari pada sos bolognese.. sebab bolognese banyak mengunakan bahan.. harap sudilah mencuba ye..

#gambar pinjam dekat mr. google  ~_~

Wednesday, 9 October 2013

Cumil nya lagu ni...



Mood sekarang ni tengah kusut so as the solution ni ha.. lagu yang az dengar...
lagu ni best sangat taw.. rugi tak dengar ^^,



Jeojeollo nege nuni ga
Nega ibeun ot munuiga
Nune ttuineun geotdo aninde
Onjongil dareun ireul hago inneun jungedo
I saram cham gwaenchantan mariya
Ne haengdong hanahanae naega deullyeotda nohyeotdahae
Na iri jaju utneun sarami aninde
Dorabomyeon neo ttaemune danghan geotdo manha
Geu modeunge hanahana da sirchimaneun anha
I love you saranghaeyo
Neol boneun narimyeon dulman mannaneun nari anindedo
Neoegeman jal boiryeogo mak geurae nan geurae
I love you saranghaeyo
Neol boneun narimyeon dulman mannaneun nari anindedo
Mak seollego geureondanikkanyo
Ne haengdong hanahanae naega deullyeotda nohyeotdahae
Na iri jaju utneun sarami aninde
Dora bomyeon neo ttaemune badeunge cham manhaseo
Deo deo deo pogihal su eobseosseoyo
Sseoyo naman masineun sarangi
Neomchyeoyo geudae jane ttarajugo sipeunde
I’m waiting for you to say “i love..
You saranghaeyo
Neol boneun narimyeon dulman mannaneun nari anindedo
Neoegeman jal boiryeogo mak geurae nan geurae
I love you saranghaeyo
Neol boneun narimyeon dulman mannaneun nari anindedo
Mak seollego geureondanikkanyo (banbok)



Monday, 23 September 2013

A Visit To Plentong Bakery & Catering



Lama sangat-sangat az tak update dekat blog ni.. al maklumlah kan student busy memanjanglah katakan.. huhuhuhu.. banyak kot assignment kerja bertingkat-tingkat kata kawan az... hahahah.. ok bercakap tentang assignment.. hari ahad baru-baru ni az az ada pergi dekat satu bakery untuk buat industrial visit untuk subjek bakery and pastry.. subjek ni memang best sebab setiap minggu akan belajar something new.. hahahah.. yelah belajar buat kek, puff sweet bun,roti even decor kek jugak.. memang best sangat...

berbalik pada industrial visit kitaorang.. kami pergi ke.. Plentong bakery and catering.. first bila korang semua masuk kedai dia memang korang akan terpegun.. and korang akan fikir owner dia ni mesti Chinese.. tapi semua tu salah.. owner dia seorang wanita melayu.. bukan single ok.. dah berkahwin jadi tak boleh la korang nak mengurat... nama owner dia PUAN SITI HAWA.. orangg nya manis dan sangat sporting.. and the most important thing korang kalau rasa product yang di jual dekat bakery ni memang sedap gila... pergghhh!!! ye lah az kan peminat kek and dessert.. heheheh... 

First masa kitaorang datang tu dia bagi kitaorang try roti naik johor.. memang sedap roti dia.. az rasa memang roti ni tak ada dekat mana-mana kot.. kalaau ada pun rasa dari bakery ni yang az rasa paling sedap.. 

Roti Naik Johor :3

ok sesi interview kitaorang memang santai habis.. best sangat-sangat.. huhuhu.. tapi az nak promote lah kek rainbow dia.. memang sedap.. tak percaya peergi tanya kawan-kawan kelas az.. sebab diarang dah rasa tadi.. hehehe.. memang sedap texture kek dia memang lembut sangat.. hehehe.. best sangat bakery ni.. and az rasa kepada peminat kek memang tak rugi korang pergi dekat bakery ni.. korang boleh tengok dekat http://www.plentongbc.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut or dekat facebook https://www.facebook.com/PlentongBakeryCatering... kalau rasa macam tak percaya apa yang az cakap cuba pergi dekat kedai dia sendiri.. 


antara produk lain

rasa sampai sini je dulu update untuk hari ni.. ok babaii.. semoga berjumpa lagi.. Assalamualaikum